Bulan
Muharam merupakan bulan keberkahan dan rahmat karena bermula dari bulan inilah
berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang
penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan
kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya. Pada bulan ini juga, Allah
mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka
dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi
hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya
mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah
kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah
yang sungguh bernilai.
Said
bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke
Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam).
Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka
menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap
Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka
sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari
kamu.” Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain
kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada
keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat
juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari
Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari
yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan karena pada
sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus
dosa-dosa mereka yang lampau.
Bulan
Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa karena banyak peristiwa
yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar
kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu
hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah
akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala
sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan
sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan
menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa
pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun
bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan
menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar,
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan
bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan
menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan
Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam
ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari
Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.
Pada
hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi
Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan
terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan
Nabi Nuh a.s berpuasa karena bersyukur kepada Allah karena hari itu merupakan
hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya
memohom keampunan. Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam
yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka
diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam
agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan
istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa
itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah
berikan, maka mereka berpuasa karena kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Allah swt.
Pada
10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s karena banjir yang melanda
seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja
yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40
keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s karena 40
keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang INGKAR pada Nabi Nuh a.s.
Nabi
Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih
Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh
Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api
supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi
Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima
taubat Nabi Daud karena Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda
sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh karena
Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua
malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan
Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon
ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah
mengampunkan baginda pada 10 Muharam. Pada 10 Muharam ini juga, Allah
mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan
Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum
Bani Israil.